Sign In
Mobirise Website Builder
http://hbk.gov.bn/Images1/anugerah2022/aziz.png
YM Abdul Aziz bin  Haji Hamdan
Anugerah Pemimpin Muda Belia 2022

​Ketua Kampung Sengkarai, Tutong/Kumpulan IMPAK Tutong/Badan Kemajuan Kreatif (BKK)


Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ini bergiat aktif dan memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang sama ada sukarelawan, kemasyarakatan, kebudayaan, pelancongan, keusahawanan dan lain-lain.

Seorang yang bersikap rendah diri dan murah dengan senyuman serta disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari umur yang berbeza dalam pergaulan, bersopan santun serta budi pekerti yang mulia. Dengan berbekalkan minat dan hasrat untuk membangun belia terutama di daerah kelahiran beliau, beliau telah banyak membimbing belia-belia Daerah Tutong dalam pelbagai bidang dan seterusnya konsisten memimpin belia secara keseluruhan.  Bermotivasi tinggi untuk terus berbakti, beliau terus bersinar dalam menabur jasa dan menyumbang terhadap pembangunan belia di negara ini.

Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ini bergiat aktif dan memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang sama ada sukarelawan, kemasyarakatan, kebudayaan, pelancongan, keusahawanan dan lain-lain.


Beliau seringkali diberi kepercayaan untuk mengetuai pelbagai jawatan dalam Jawatankuasa Tertinggi dan Kerja seperti Pengerusi Bersama Persembahan Khas Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong (tahun 2018, 2019, 2021, 2022) dan Ketua Pasukan Perbarisan Puak-Puak di Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.


Pengerusi Pergerakan Belia Tutong dalam beberapa program keugamaan seperti Program Malam Munajat, Malam Munajat Tutong Care dan Malam Munajat MPK Daerah Tutong.  Lebih 10 persatuan dan kumpulan belia telah terlibat selama lebih kurang 50 kali penganjuran telah diungkayahkan yang melibatkan seramai lebih kurang 1,000 belia di seluruh negara.


Beliau juga aktif selaku Sukarelawan COVID-19 dalam beberapa program dan dilantik menjadi Ketua Kumpulan Program Pakai Mask Inisiatif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan memakai sungkup muka mampu melibatkan 50 belia dan mengagihkan pelitup muka kepada lebih 1,500 orang ramai dan sebagai Ketua Penyelaras Belia bagi Program Tutong Care yang membantu petugas-petugas barisan COVID-19 di Daerah Tutong dan telah berjaya mengagihkan lebih 4,500 pek makanan, 500 kotak makanan kering dan 180,000 helai sungkup muka kepada lebih 900 petugas.

 

Ahli Jawatankuasa Penyelaras dalam Program Kebeliaan 3K dan Program Inovasi produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P).  Beliau telah mampu mewujudkan rangkaian kerjasama belia bersama Majlis Perundingan Kampung dengan penglibatan lebih 250 belia daripada MKP-MPK Daerah Tutong dan melahirkan 15 pengusaha baru 1K1P di kalangan belia.

 

Beliau juga merupakan Ahli Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong yang bertanggungjawab memartabatkan warisan, budaya serta kesenian bangsa melalui pelancongan.  Beliau berjaya memberikan manfaat kepada lebih 5,000 belia melalui aktiviti eko-pelancongan Destinasi Tutong dan penganjuran acara-acara di peringkat daerah sejak tahun 2015. 

Attachments